15 maut kapal karam di Indonesia

Iklan
Gambar hiasan

JAKARTA - Sebuah kapal karam di perairan wilayah Sulawesi Tenggara di Indonesia pada Isnin menyebabkan 15 orang terbunuh dan 19 yang lain hilang, lapor Xinhua, memetik pegawai.

Kejadian berlaku kira-kira 00:00 pagi waktu tempatan di Teluk Mawasangka di Kabupaten Buton Tengah, kata ketua pejabat mencari dan menyelamat, Yusuf Latief.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, seramai 40 orang berada di atas kapal itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas proses pengecaman dilakukan, manakala mereka yang terselamat sedang menjalani rawatan perubatan, katanya. - Bernama

Iklan
Iklan