KUALA LUMPUR – Pemergian bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, 79, kehilangan besar buat negara, beliau diibaratkan sebagai seorang negarawan berjiwa besi.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memandu sendiri ke Surau At-Tarbiah untuk memberi penghormatan terakhir dan sempat berdoa sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, di sini.
Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, ketika ditemui turut menzahirkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham yang sentiasa akan diingati kerana jasanya sebagai bekas Menteri Penerangan.
Ahli keluarga, tetamu kehormat dan kenalan turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Salah seorang teman karibnya, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sebagai seorang kawan rapat, Zainuddin dikenali sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besi.
"Saya sangat terasa dengan pemergian beliau. Zainuddin sahabat yang begitu karib, dia seorang yang ikhlas, berani, berjiwa besi dan seorang patriot yang hebat.
"Dulu Zam pernah menulis artikel di Utusan Malaysia mengenai tokoh politik, Tan Sri Senu Abdul Rahman dia gunakan berjiwa besi, saya rasa gelaran (berjiwa besi) itu juga boleh digunakan untuk beliau sendiri juga. Beliau berpegang teguh kepada prinsip dan kental malah tidak goyah dengan kritikan,” katanya ketika ditemui media selepas solat jenazah.
Tambahnya, Zainuddin secara secara peribadi seorang yang santai, suka ketawa dan gemar bercerita sejarah lama serta ikhlas dalam perjuangannya.

Dr Mahathir mengaminkan doa ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.