Penduduk tempatan Maidi Latip, 52, dan anaknya Amar Raiff Maidi, 5, menunjukkan buah belunu yang baharu gugur di kebunnya ketika ditemui di Kampung Kilan hari ini.
Buah Belunu atau nama saintifiknya Mangifera Caesia merupakan salah satu buah eksotik yang hanya ditemui ketika tiba musim buah dan biasanya berbuah serentak dengan pokok buah
bambangan dan buah eksotik lain. Buahnya berisi putih susu, rasanya masam manis dan biasanya dimakan begitu sahaja. Belunu juga dikenali sebagai binjai di Semenanjung, tetapi bezanya
rasa buah berkenaan di sini lebih manis dan mempunyai pelbagai jenis atau varieti seperti bujur dan bulat dengan warna kehijauan atau coklat. Pokok Belunu merupakan pokok saka berbatang
lurus dan boleh mencapai ketinggian sehingga lebih 30 meter tinggi, berkanopi berbentuk bulat dan kebanyakannya di pantai barat, pedalaman Sabah dan Labuan.