[VIDEO] 'Terlalu banyak jasa Allahyarham Salahuddin'

Iklan
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) dan Young Syefura Othman.

PONTIAN - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, paling tidak dilupakan apabila Allahyarham menghubunginya semasa daerah Muar dilanda bencana banjir.

Iklan
Iklan

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) dan Young Syefura Othman.

"Salah satu perkara yang saya tidak akan lupakan, saya tidak perlu cari Allahyarham tetapi dia yang akan cari dan hubungi saya untuk sampaikan bantuan kepada rakyat seperti misi banjir Muar.

Iklan

"Jasanya terlalu banyak, saya ingat bila berkhidmat dengan dia," katanya yang kelihatan sayu ketika ditemui di pekarangan kediaman ibu Allahyarham di Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini pada Isnin.

Syed Saddiq berkata, Allahyarham juga banyak memberikan tunjuk ajar sewaktu Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Iklan

"Allahyarham pernah berpesan kepada saya agar sentiasa bekerja dalam pilihan raya kerana menang atau kalah ketentuan ALLAH dan rakyat yang memilih.

"Saya ingat ketika berkhidmat bersama pada tahun 2018 dan 2019. Memang banyak rintangan tetapi dia ingatkan saya untuk fokus terhadap kerja dan jangan terlalu fikir soal politik selepas diberi tanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman pula menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana beliau banyak berjasa.

"Tidak dinafikan, inisiatif Payung Rahmah yang digerakkan Allahyarham telah memberikan banyak manfaat kepada jutaan rakyat negara ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Salahuddin Ayub meninggal dunia

'Berehatlah sahabatku...' - Anwar

Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin

Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub

Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar

Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin

Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar

Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu

Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi

Pesawat khas bawa pulang jenazah Salahuddin ke Johor Bahru

Jenazah Salahuddin akan dikebumikan di Tanjung Piai