Penemuan bom di kereta Siti Kasim jenayah serius - KPN

Iklan
Razarudin

KUALA LUMPUR - Polis masih mengesan suspek yang meletakkan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Razarudin berkata, polis mengambil tindakan agresif dalam siasatan dan tidak akan membiarkan individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah sedemikian.

Iklan

"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kassim adalah IED

Iklan

Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB).

Pada Jumaat lalu, Siti Kasim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom.

Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis pada jam 12 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Objek seperti bom ditemui bawah kereta Siti Kasim

Bom kereta Siti Kassim: Polis rakam keterangan 9 saksi

Objek bawah kereta Siti Kasim sah bom jenis IED