MOSCOW - Roket Falcon 9 milik SpaceX berjaya melancarkan 22 lagi satelit Starlink ke orbit selepas dua pembatalan, umum syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat (AS) itu pada Isnin, lapor Sputnik.
"Falcon 9 melancarkan 22 (Starlink) satelit dari SLC-40 (pad pelancaran di hujung utara Cape Canaveral) di Florida," ciap syarikat itu sambil menambah penempatan semua satelit telah disahkan.