PH selesai bincang persiapan akhir PRN

Iklan
Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA - Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang diadakan di Kompleks Seri Perdana membincangkan persiapan akhir pakatan itu bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Ogos ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi jam 11.10 malam Isnin.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat baharu selesai dan membincangkan persiapan akhir PRN," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh pimpinan utama PH.

Iklan

Terdahulu tinjauan Sinar Harian di Kompleks Seri Perdana mendapati pemimpin PH tiba seawal jam 8 malam.

Antaranya, Pengerusi DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Iklan

Turut kelihatan, Naib Presiden Amanah, Adly Zahari dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khaled Abdul Samad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari mengundi bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan.

Hari penamaan calon adalah pada 29 Julai dan hari mengundi awal pula 8 Ogos ini.