Dia yang pinjam, kita pula segan tuntut hutang

Iklan
Gambar hiasan.

PERIBAHASA hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati yang bermaksud hutang wang dapat dibayar namun hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat mungkin bakal lapuk dek sikap peminjam yang tidak berubah.

Memanglah pegangan masyarakat kita terkenal dengan adab susila dan kesopanan namun setinggi mana pun nilai harta duniawi tidak akan dapat menandingi akhlak yang baik.

Iklan
Iklan

Apa yang berlaku dalam masyarakat kita ketika ini ialah pihak yang berhajat hanya akan beradab apabila berkehendakkan sesuatu dan akan berubah sikap selepas mendapatkannya.

Seorang sahabat Merak Jalanan ada menceritakan tiga tahun lalu dia dihubungi seorang sahabat lama sewaktu zaman universiti. Semasa belajar mereka tidaklah rapat sangat, tetapi adalah juga bertegur sapa kerana dalam satu fakulti yang sama.

Iklan

Biarlah Merak Jalanan gelarkan rakan lama sahabat ini Si Cantik. Katanya, apabila dihubungi sahabat lama ketika usia sudah dewasa ini, memang berasa teruja. Berjam-jam mereka berbual di telefon mengimbau kenangan zaman nakal ketika di universiti.

Tidak cukup berbual di telefon, mereka sepakat untuk berjumpa di kedai mamak berdekatan Pasar Seni yang menjadi 'port’ pilihan mahasiswa suatu ketika dahulu.

Iklan

Punyalah berbual sampai tidak sedar minum tiga gelas air seorang. Di akhir perbualan, Si Cantik membuka mulut untuk meminjam RM3,000 sekarang berhadapan dengan modal perniagaan.

Kata sahabat Merak Jalanan, Si Cantik begitu meyakinkan akan memulangkan modal dalam tempoh enam bulan.

Malanya kata sahabat itu, rakan lama itu terus menghilangkan diri. Mesej juga langsung tidak berbalas.

Nasihat Merak Jalanan kepada sahabat itu, hati-hati bila sahabat lama yang tiba-tiba bertanya khabar. Mungkin ada udang di sebalik mi!