Greece dalam krisis kebakaran teruk

Iklan
Seorang lelaki cuba memadamkan kebakaran yang tercetus di Lindos, Greece. - Foto AP

RHODES - Kebakaran hutan yang berlaku selama seminggu di pulau peranginan Greece, Rhodes memaksa lebih banyak pemindahan orang awam dilakukan.

Ia susulan angin kencang dan gelombang haba yang menyebabkan kawasan semak belukar dan hutan kering mencetuskan tiga kebakaran besar di kawasan persekitaran.

Iklan
Iklan

Sementara itu, penduduk di kawasan terjejas turut membantu usaha memadamkan kebakaran dengan menggunakan penyodok, dahan pokok, alat pemadam api dan tuala.

Manakala, bantuan terus tiba dari Kesatuan Eropah dan beberapa negara lain.

Iklan

Antara bantuan yang diberikan termasuk penggunaan pesawat pemadam kebakaran dari negara jiran Turki yang turut menyertai usaha pemadaman kebakaran di Rhodes.

Menurut jurucakap kerajaan Pavlos Marinakis, purata sebanyak 50 kebakaran hutan telah berlaku setiap hari sejak 12 hari lalu di Greece, manakala, pada Ahad lalu, 64 kebakaran baharu direkodkan. - Awani

Iklan