Wanita dakwa diganggu warga asing

Iklan
A A Anbalagan

SERDANG - Seorang wanita menempuh detik mencemaskan apabila mendakwa sering diganggu lelaki warga asing sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa mendakwa suspek selalu datang ke tempat kerjanya di sebuah kedai serbaneka di Taman Seri Serdang, selain memerhatikannya mengakibatkan wanita itu mengalami gangguan emosi dan tidak selesa.

Iklan
Iklan

"Mangsa turut mendakwa pernah bertukar tempat kerja gara-gara kurang senang dengan tindakan suspek itu, bagaimanapun suspek tetap datang ke tempat kerja baharunya," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, polis kini sedang menjalankan usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Iklan

"Siasatan lanjut berkaitan kejadian ini sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek telah digerakkan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Pada Isnin, seorang wanita memuat naik hantaran di Twitter mendakwa diganggu seorang lelaki warga asing di tempat kerjanya.

Suspek didakwa kerap kali datang dan memerhatikan mangsa sehingga menimbulkan ketakutan terhadap mangsa.