PRN: Calon Pemuda UMNO diberikan KPI

Iklan
Muhamad Akmal, tangkap layar hantaran Muhamad Akmal di Facebook.

SHAH ALAM - Calon Pemuda UMNO yang menang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti akan diberikan petunjuk prestasi utama (KPI).

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan, KPI itu dinilai secara berkala berdasarkan tinjauan sentimen masyarakat tentang pencapaian perkhidmatan tanpa makluman awal kepada wakil rakyat tersebut.

Iklan
Iklan

Sinar Harian pada 21 Julai melaporkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 107 calon daripada gabungan itu akan bertanding dalam PRN dengan 245 kerusi DUN dipertandingkan di enam negeri terlibat.

Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan, calon terdiri daripada muka baharu, pernah bertanding, yang kalah dan menawarkan diri semula, merangkumi 62 peratus wajah baharu selain 35 calon muda.

Iklan

Sementara itu, Muhamad Akmal berkata, perkara wajib dilakukan sebelum ingin digelar sebagai 'yang berhormat' adalah menjadi orang 'yang berkhidmat' terlebih dahulu.

"Pemimpin yang dipilih mesti membawa suara rakyat, bukan hanya suara daripada pihak atasan,” ujar beliau.

Iklan