Bimbang gajah masih berkeliaran
Iklan
Abd Nasir (tengah) meninjau keadaan di belakang rumah Ahmad.
BALING - Sebuah keluarga di Kampung Memali di sini, masih hidup dalam kebimbangan berikutan gajah yang berkeliaran di belakang rumah mereka pada 30 April lalu kelihatan sekali lagi malam kelmarin.
Penduduk, Ahmad Rafaie Che Ros, 48, berkata, gajah berkenaan didapati masih berkeliaran di kawasan kebun berdekatan rumahnya pada jam 10 malam kelmarin.
Iklan
Iklan
Menurutnya, gajah itu didapati datang ke kebun berkenaan untuk memakan rebung buluh.
"Malam kelmarin gajah itu datang lagi, jaraknya hanya 50 meter rumah saya.
Iklan
"Bunyi tapak kaki haiwan itu pijak semak samun saya boleh dengar dengan kuat dari dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad berkata, kehadiran gajah itu amat membimbangkan apatah lagi bila memikirkan keselamatan anak-anaknya.
Iklan
"Saya risau dengan keselamatan anak-anak dan takut kalau mereka bermain di kawasan belakang rumah bila saya pergi kerja.
"Gajah datang bukan hanya waktu malam, siang pun ia berkeliaran," katanya.
Ahmad berkata, setiap malam dia masih memasang lampu di belakang rumah bagi mengelakkan kehadiran gajah berkenaan.
Dalam pada itu, ADUN Bayu, Abd Nasir Idris turut mengunjungi keluarga berkenaan bagi mengetahui perkembangan terkini.
Abd Nasir berkata, walaupun gajah itu tidak mengganggu penduduk, tetapi ia menimbulkan ketakutan kepada keluarga berkenaan.
"Ada penduduk di sini yang hendak pergi menoreh pun takut bila dapat tahu kampung ini didatangi gajah.
"Saya harap pihak Perhilitan dapat buat pemantauan kerana gajah ini sudah banyak kali memasuki kawasan berhampiran kampung," katanya.
Sinar Harian pada 1 Mei lalu melaporkan empat pokok kelapa dalam kebun penduduk di Kampung Memali tumbang akibat serangan gajah.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam