Vivian Wong mampu perjuangkan suara rakyat: Anwar

Iklan
Anwar (tiga, kanan) diiringi Pengerusi Masjid Nurussyakirin Taman Indah Jaya, Mulyadi Kasimin (empat, kanan) pada program Berbuka puasa hari ini. Sebelum itu, pelbagai program diadakan seperti sesi tazkirah dan menandatangani plak cenderahati khat. -Foto Bernama

SANDAKAN - Sebagai orang muda dan berkelayakan, calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee mampu membawa isu disuarakan rakyat.

Menegaskan demikian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Wong merupakan calon yang sudah dikenali oleh penduduk di kawasan Parlimen Sandakan.

Iklan
Iklan

"Saya percaya dengan kelayakan dan tenaga muda, dia boleh melaksanakan dengan baik. Lebih penting masyarakat kenal calon ini (Wong).

"Saya lihat semangat sangat positif dan saya lihat kawasan pengundi Cina memberi sambutan baik.Kita kerja dan percaya boleh menang," katanya ketika ditemui pemberita pada Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan Bandar Sandakan di sini, hari ini.

Iklan

Menurutnya Wong telah bekerja kuat untuk mendekati pengundi yang merupakan pendekatan penting untuk bercakap dengan masyarakat dan mengenal pasti aspirasi mereka.

"Dia (Wong) kerja kuat dan nasihat saya adalah perlu bercakap dengan setiap pengundi, fahami aspirasi mereka dan janji membawa isu yang disuarakan ke peringkat Parlimen, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk diambil perhatian," kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Iklan

Tinjauan mesra itu merupakan program pertama Anwar hari ini pada PRK Sandakan dan disusuli hadir di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib di Masjid Indah Jaya, Solat Isyak dan Terawih di Masjid Jamek Bandar Sandakan dan Ceramah Umum di Bandar Prima di Batu 4. -Bernama