Ada bahan boleh sebabkan kebakaran pada botol disyaki IED - Ayob Khan

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung penemuan dua botol plastik menyerupai bahan letupan pada kereta milik Siti Kasim.

KUALA LUMPUR - Laporan awal analisis unit bom mendapati, ada bahan yang boleh menyebabkan kebakaran pada dua botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED), yang ditemui di bawah bahagian kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim, di Bangsar, di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap, berhubung bahan letupan itu.

Iklan
Iklan

"Berapa jarak bom itu boleh meletup juga sedang disiasat...nak buat bom ini amat mudah kerana boleh dipelajari daripada internet,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini pada Isnin.

Terdahulu Ayob Khan menyerahkan Bendera Kejohanan World Police & Fire Games Winnipeg 2023 kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Iklan

Majlis itu disaksikan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Letupan dan setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 12 individu antaranya pekerja mekanik, pemilik bengkel, pegawai keselamatan, pihak mahkamah, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Orang Asli.

Iklan

Ayob Khan berkata, polis juga membuat penilaian kamera litar tertutup melibatkan tempat-tempat yang peguam dan aktivis sosial yang nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim itu pernah pergi, bagi mengesan mereka yang terlibat.

"Polis akan menyiasat daripada keseluruhan aspek termasuk suspek guna IED untuk membalas dendam,” katanya.

Beliau berkata, sebelum kejadian tiada sebarang laporan ugutan jenayah ke atas Siti Kasim yang diterima polis.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata, polis tidak menolak kemungkinan bahawa suspek yang memasang dua botol plastik disyaki IED di bahagian bawah kereta Siti Kasim mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi internet.

Jumaat lepas, dua botol plastik menyerupai bahan letupan ditemui di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik Siti Kasim, ketika kereta itu dihantar ke pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Objek seperti bom ditemui bawah kereta Siti Kasim

Objek bawah kereta Siti Kasim sah bom jenis IED

Penemuan bom di kereta Siti Kasim jenayah serius - KPN

Bom kereta Siti Kassim: Polis rakam keterangan 9 saksi