MANILA - Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos berlepas ke Malaysia pada Selasa untuk lawatan tiga hari bagi mengenal pasti bidang baharu kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, lapor Xinhua.
"Saya percaya ini adalah masa yang sesuai untuk merancakkan semula potensi hubungan antara Filipina dan Malaysia," kata Marcos di pangkalan udara di Manila.
Filipina dan Malaysia, dua ekonomi utama di Asia Tenggara yang telah lama menikmati hubungan ekonomi yang rapat dan disokong oleh kekukuhan hubungan dua hala sejak beberapa dekad.
Di Kuala Lumpur, Marcos dijangka bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertemu pemimpin perniagaan tempatan untuk berkongsi peluang perdagangan dan pelaburan.
Marcos berkata lawatannya akan memberi tumpuan kepada bidang seperti pertanian, keselamatan makanan, ekonomi digital, pelancongan dan bertukar pandangan serta meneroka bidang baharu kerjasama.
"Lawatan ini bertujuan untuk menjalin sinergi dengan Malaysia untuk Filipina menikmati bahagian pasaran ini,” tambahnya. - Bernama.