KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) akan melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam insiden beberapa anggota tentera disyaki didera anggota senior di sebuah kem di Sungai Petani, Kedah.
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan kes itu juga telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.