Bursa Malaysia terus meningkat

Iklan

BURSA Malaysia meneruskan kenaikannya untuk hari dagangan keempat berturut-turut pada Selasa, sejajar dengan kebanyakan indeks serantau utama dan pembelian berterusan terutamanya pada saham perbankan dan berkaitan komoditi, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.85 peratus atau 12.10 mata kepada 1,436.79 daripada 1,424.69 pada penutup semalam.

Iklan
Iklan

Indeks pandu pasaran itu dibuka tinggi 1.07 mata lebih tinggi kepada 1,425.76 pagi ini sebelum bergerak antara 1,425.76 dan 1,437.81 sepanjang hari.

Jumlah dagangan berjumlah 3.72 bilion unit bernilai RM2.31 bilion.

Iklan

Dalam empat hari dagangan terakhir, FBM KLCI memperoleh 33.76 mata.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI telah menembusi empat paras rintangan (1,390, 1400, 1,415 dan 1,430) sejak 7 Julai 2023, hasil pembelian sokongan daripada dana asing.

Iklan

"Kami percaya suasana pasaran tempatan akan kekal stabil berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik dan indeks untuk kekal positif pada masa hadapan walaupun kami tidak menolak kemungkinan aktiviti pengambilan untung tidak lama lagi.

"Dalam pada itu, terdapat kenaikan harga minyak mentah berikutan petunjuk pengurangan bekalan dan jaminan daripada pihak berkuasa China untuk meningkatkan ekonomi mereka," katanya kepada Bernama.

Selain itu, Thong memetik laporan semalam bahawa Petronas Carigali telah mengumumkan enam penemuan penting minyak dan gas di luar pantai Sarawak.

Berikutan penemuan ini dan lonjakan harga minyak mentah, beliau percaya ini akan memberikan peluang jangka pendek untuk sektor minyak dan gas.

"Kami meningkatkan sasaran FBM KLCI mingguan kami daripada 1,415-1,430 kepada 1,430-1,450 dengan paras rintangan serta-merta pada 1,445 manakala paras sokongan pada 1,400," kata Thong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM8.98, Public Bank menokok tujuh sen kepada RM4.05, CIMB meningkat lapan sen kepada RM5.43, TNB naik satu sen kepada RM9.47 dan Petronas Chemicals melonjak 26 sen kepada RM6.76.

Antara kaunter aktif, Classita Holdings turun 2.5 sen kepada 12.5 sen, Hong Seng Consolidated meningkat satu sen kepada 9.5 sen, syarikat yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE MYMBN menokok enam sen kepada 27 sen, UEM Sunrise meningkat empat sen kepada 47.5 sen, manakala AT Systematization tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 83.48 mata kepada 10,590.56, Indeks FBMT 100 meningkat 80.68 mata kepada 10,276.57, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 64.44 mata kepada 10,875.32, Indeks FBM 70 naik 85.16 kepada 13,984.26, dan Indeks FBM ACE memperoleh 1.81 mata kepada 5,321.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 182.34 mata kepada 16,004.63, Indeks Perladangan meningkat 62.71 mata kepada 7,198.02, Indeks Tenaga meningkat 6.59 mata kepada 830.20, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 3.42 mata kepada 166.30.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.53 bilion unit bernilai RM2.02 bilion daripada 2.32 bilion unit bernilai RM1.53 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran berkembang kepada 498.07 juta unit bernilai RM75.70 juta berbanding 462.79 juta unit bernilai RM63.61 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 694.15 juta saham bernilai RM220.44 juta berbanding 512.28 juta saham bernilai RM189.02 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 702.19 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (477.57 juta); pembinaan (109.71 juta); teknologi (290.99 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (119.30 juta); hartanah (374.39 juta); perladangan (70.44 juta); REIT (13.73 juta), dana tertutup (39,700); tenaga (185.14 juta); penjagaan kesihatan (61.16 juta); telekomunikasi dan media (24.51 juta); pengangkutan dan logistik (24.13 juta); dan utiliti (74.11 juta). - Bernama.