KL City kecam insiden ganas terhadap penyokong pada final Piala FA

Iklan
Sebahagian penyokong KL City yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu. - Foto Facebook Kuala Lumpur City

KUALA LUMPUR (KL) City FC menyuarakan kekecewaan berikutan insiden yang menimpa penyokong The City Boys semasa perlawanan akhir Piala FA menentang penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Sabtu lalu.

"Dengan sepenuh hati, kami bersimpati dengan penyokong dan ahli keluarga mereka yang terkesan akibat insiden yang tidak diingini itu yang melibatkan anggota keselamatan di stadium.

Iklan
Iklan

"Kami berdiri teguh bersama-sama penyokong kami di saat sukar ini dan bertekad untuk menghulurkan apa-apa ban tuan yang diperlukan oleh mereka.

"Kami mengecam sebarang bentuk keganasan tidak kira sama ada melibatkan penyokong kami mahupun pihak lain.Penggunaan kekerasan sama ada di dalam mahupun luar stadium membayangi pertembungan sengit di atas padang dan tidak seharusnya mendapat tempat di dalam dunia sukan,” kata kelab Lembah Klang tersebut dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Malah, KL City juga bersedia memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu siasatan insiden berkenaan.

"Kami bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan PDRM dalam siasatan mereka terhadap insiden tersebut ekoran laporan polis yang dibuat oleh seorang penyokong yang menjadi mangsa keadaan.

Iklan

"Kami akan mengadakan perbincangan dengan para penyokong yang turut menjadi saksi untuk mendapatkan perspektif berhubung kejadian ini. Kami hargai kerjasama anda dan turut yakin pihak PDRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, KL City menegaskan kelab tersebut mengamalkan pendekatan toleransi sifar terhadap sebarang penggunaan kekerasan dalam kawal selia penonton.

"Kami komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk berkongsi pengalaman dalam hal kawalan keselamatan di stadium serta pengurusan penonton.

"Kami juga menyeru agar pihak berkenaan untuk menitikberatkan hal-hal membabitkan keselamatan serta mempertimbangkan keperluan penambahbaikkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan insiden sama berulang pada masa depan.

"Matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan persekitaran selesa di mana penyokong datang ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan mereka, menikmati perlawanan dan bebas daripada sebarang ancaman pembuat kacau,” katanya.

Pada masa sama KL City juga berharap satu tindakan secara kolektif diambil supaya insiden sama tidak berulang lagi pada masa depan.

"Kami amat kekesalan dan kekecewaan terhadap apa yang telah berlaku. Sesungguhnya ia merupakan suatu episod gelap kepada bola sepak di Malaysia.

"Fokus utama kami kini tertumpu terhadap membantu individu-individu yang terkesan. Marilah kita bersama-sama mengetengahkan suasana bola sepak yang aman dan sejahtera bagi semua,” katanya.