Sarah Clever Girl hamil lima bulan

Iklan
Sarah Yusof

EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, bekas peserta Clever Girl musim pertama, Sarah Adiba akhirnya mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil lima bulan.

Sarah Adiba Yussof, 28, yang juga merupakan hos program Borak Kopitiam itu, memberitahu, suami, Iskandar Mohd Nasir merupakan insan paling teruja bila mendapat tahu khabar tersebut.

Iklan
Iklan

"Sejak hari pertama berkahwin lagi sudah cakap mahu jadi bapa kepada anak saya.

"Jadi, bila dia dapat tahu saya akhirnya hamil, dia menangis dan sangat gembira. Tak macam saya, saya selalu cakap dekat dia sabar dan setia menunggu.

Iklan

"Dia tak pernah paksa saya sampai saya betul-betul sudah bersedia. Alhamdulillah, Januari tahun ini dimulakan dengan berita yang baik sekali,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Sarah Yusof

Sarah yang bakal bergelar ibu pada penghujung Ogos atau awal September depan, berkata, akan bersalin di Hospital Shah Alam.

Iklan

"Mula-mula niat nak bersalin di Kota Kinabalu tapi setelah berbincang dengan suami, kami berdua sebulat suara dengan keputusan untuk deliver di Shah Alam sahaja,” katanya yang mahukan anak lelaki.

Sebelum ini pada 3 Mei lalu, menerusi perkongsian panjang lebar di laman sosial, Sarah mendedahkan dia menghidap penyakit endometriosis.

Menurut Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia, Endometriosis ialah satu keadaan yang tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan pelbagai masalah lain yang kerapkali mengganggu pengeluaran benih, serta menyekat saluran peranakan wanita.

"Saya dapat tahu pun sebab emergency kena bedah setelah ketumbuhan di ovary sudah pecah, sangat sakit.

"Februari 2018 mula rawatan sehingga hujung November. Alhamdulillah Januari 2019 dapat tahu saya hamil,” luahnya.

Berkongsi pengalaman manis, Sarah berdepan alahan teruk pada trimester pertamanya.

"Memang tak boleh keluar rumah. Saya rasa loya dan rasa macam bukan diri sendiri sampaikan saya tak nak jumpa sesiapapun.

"Ambil masa juga lah saya nak sesuaikan dengan alahan itu, alhamdulillah sekarang saya sudah rasa OK,” katanyaz

Pada masa sama, Sarah berkata, ini adalah masa sesuai untuk berkongsi berita gembira itu.

"Setelah memasuki lima bulan, saya rasa ini masa yang sesuai untuk kongsi berita gembira untuk orang ramai.

"Saya tahu ini juga boleh dijadikan inspirasi bagi mereka yang menghidap endometriosis untuk sentiasa positif dan agar mereka tahu harapan untuk hamil itu masih ada,” akhirinya.