PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan naratif ekonomi yang dikenali sebagai Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat esok.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, Anwar berkata, naratif itu menjadi pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara.