Bahan NUF Lynas mampu jimatkan jutaan ringgit

Iklan

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia mampu menjimatkan jutaan ringgit dengan menggunakan bahan Neutralisation Underflow Residue (NUF) yang dihasilkan dalam negara ini oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi menggantikan bahan gipsum yang diimport oleh industri pembinaan tempatan.

Pengarah Urusan Lynas Malaysia Datuk Mashal Ahmad berkata menurut Jabatan Perangkaan, Malaysia mengimport lebih satu juta tan bahan gipsum bernilai US$31.06 juta (RM128 juta) pada tahun lepas.

Iklan
Iklan

"Satu daripada keluaran sampingan Lynas Malaysia ialah NUF, gipsum sintetik yang kaya dengan magnesium, bukan radioaktif, tidak beracun dan tidak berbahaya dan secara kimianya sama dengan gipsum yang diimport ke Malaysia.

Dengan menggunakan gipsum yang dihasilkan di dalam negara oleh Lynas, kerajaan boleh menyampaikan nilai ekonomi kepada negara dan mengurangkan kebergantungan kepada negara lain untuk mengimport bahan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Mashal berkata kajian dan penyelidikan juga mengenal pasti pelbagai kegunaan NUF dan Lynas telah didekati beberapa syarikat di Malaysia mengenai penggunaan komersial bahan NUF. Ini adalah sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) yang melihat kepada pengurusan sisa secara keseluruhan dan negeri-negeri menggunakan sisa sebagai satu sumber yang memberikan nilai ekonomi dan mengelakkannya daripada ke tapak pelupusan sampah kepada penggunaan yang lebih produktif.

Selain NUF, loji Lynas juga menghasilkan residu 'Water Leached Purification' (WLP). Setakat Disember 2018, sisa WLP yang terkumpul di loji Lynas adalah 451,564 tan metrik sementara sisa NUF pula adalah 1.113 tan metrik.

Iklan

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Mashal mengulas laporan media bahawa kerajaan Australia Barat tidak akan menerima kemasukan import WLP ke Australia Barat berikutan undang-undang yang tidak menerima sisa lombong dari seberang laut.

"Adalah tidak benar untuk mencadangkan keputusan kerajaan Australia Barat berkaitan kepada bahan Lynas sahaja, atau Australia tidak akan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi,” katanya.

Baru-baru ini Lynas berkata ia memikirkan pemprosesan alternatif menggunakan kaedah peretakan dan pencucian berdekatan lombongnya di Australia Barat dan syarikat itu sebelum ini telah menerima kelulusan untuk memproses bahannya di Australia, katanya. -Bernama