PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan poster mengenai pemberian elaun kepada semua penjawat awam kononnya dikenali sebagai Elaun Madani adalah palsu.
Menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu, kementerian itu menasihati semua pihak agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita seumpamanya di media sosial.
Iklan
Iklan
"Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah serta betul. Tidak pasti, jangan kongsi," tulis kementerian itu.
Poster palsu yang tular itu menyatakan elaun sara hidup dan bayaran insentif wilayah akan dimansuhkan.
Ia akan digantikan dengan Elaun Madani yang memperuntukkan minumum RM800 sebulan untuk meraikan kesamarataan antara negeri.
Sebelum ini, Anwar dilapor akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.
Anwar berkata, mesyuarat pengurusan pertama mengenai imbuhan tetap itu dan pelarasan skim gaji membabitkan penjawat awam diadakan pada minggu ini.