POKOK SENA - Nurul Dhia Raisha Maizun, 18 bulan, sudahpun mendapat subsidi bagi membiayai pembedahan jantung kali kedua yang dijangka dilakukan pada hujung tahun ini di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Sebanyak RM45,000 diperlukan bagi tujuan tersebut dan kos pembedahan ditanggung kerajaan selepas ibu bapanya, Murlina Mohd Zuri, 38 dan Maizun Din, 42 tahun mengemukakan rayuan pada satu perbincangan dengan IJN pada April lalu.
Menurut Murlina, anak ketiganya itu pernah menjalani latihan pembedahan jantung kali pertama semasa berusia tiga bulan yang menelan kos sebanyak RM25,000, juga dibiayai oleh kerajaan.
"Sebenarnya berlaku salah faham dalam laporan media beberapa hari lalu dan saya minta netizen hentikan untuk tularkan berita tersebut.
"Saya bimbang ia akan memberikan masalah kepada bantuan anak saya nanti oleh IJN," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Murlina berkata, laporan tersebut sepatutnya ditulis beliau dan suami memohon bantuan untuk membiayai kos mereka sepanjang berada di IJN kelak apabila Nurul Dhia Raisha menjalani pembedahan kedua di ibu kota.
"Kami tidak memohon bantuan untuk kos pembedahan kerana sudah ada pertemuan dengan IJN pada April lalu," katanya lagi.
Sementara itu, Unit Pentaksiran Jabatan Kerja Sosial Perubatan IJN ketika dihubungi mengesahkan bahawa sudah ada perjumpaan dengan ibu bapa Nurul Dhia Raisha pada bulan lalu.