Terbuka Jepun: Zii Jia akur pengalaman Nishimoto

Iklan
Zii Jia - Foto Badminton Photo

PUSINGAN pertama terus menjadi halang besar kepada pemain perseorangan lelaki profesional sensasi negara, Lee Zii Jia dalam mengharungi musim baharu.

Kali ini jejaka kelahiran bumi Alor Setar, Kedah itu yang berstatus 18 dunia ditunjukkan jalan keluar oleh juara bertahan, Kenta Nishimoto dalam aksi pusingan pertama Terbuka Jepun di Gimnasium Yoyogi, Tokyo, Jepun pada Rabu.

Iklan
Iklan

Biarpun anak didik Wong Tat Meng itu bermula garang dengan permainan meyakinkan dengan kemenangan 22-20 di set pertama ke atas lawan yang berkedudukan ranking ke-11 dunia, namun momentum itu tidak dapat dikekalkan.

Di set kedua, Nishimoto kembali menyamakan kedudukan untuk kemenangan 21-17.

Iklan

Pada set penentuan, Zii Jia berusaha menyaingi Nishimoto menyaksikan kedua-duanya sering mengejar mata hingga kemenangan berpihak bintang negara matahari terbit berusia 28 tahun itu 21-19.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan pusingan pertama keempat berturut-turut Zii Jia selepas Terbuka Singapura, Indonesia dan Korea sebelum ini.

Iklan