Messi bantu Inter Miami atasi Atlanta United

Iklan
Messi meraikan jaringan bersama pemain Inter Miami selepas meledak jaringan ke atas Atlanta United dalam aksi Piala Liga di Stadium DRV PNK, Fort Lauderdale. - Foto Agensi

LIONEL Messi menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama diikuti satu lagi bantuan ketika Inter Miami menewaskan Atlanta United 4-0 bagi mengesahkan slot peringkat kalah mati Piala Liga di Stadium DRV PNK, Fort Lauderdale pada Rabu.

Kapten Argentina itu sebelum ini memulakan kehidupan baharu bola sepak di Amerika Syarikat dengan meledak gol kemenangan pada penampilan sulungnya menentang kelab Mexico, Cruz Azul pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Biarpun kelibat bekas bintang kelab La Liga Sepanyol, Barcelona dan Ligue 1, Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) itu dikawal ketat pemain Atlanta, tidak menghalang Miami meledak dua lagi gol menerusi pemain sayap Finland, Robert Taylor.

"Leo setiap kali mendapat bola menyaksikan beberapa pemain akan bersedia di belakangnya sekali gus membuka ruang untuk setiap orang.

Iklan

"Dia boleh melakukan apa saja dengan bola seperti dibuktikan dalam perlawanan ini. Dia tidak hanya mampu mengawalnya dalam ruang sempit, malah juga membuat keputusan tepat setiap masa.

"Kehadiran Leo berstatus pemain terbaik dunia sebenarnya menambah kualiti pasukan,” kata Taylor.

Iklan