SHAH ALAM - Kepimpinan dan seluruh ahli Parti Amanah Negara (Amanah) diminta supaya tidak memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Timbalan Presidennya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak kepimpinan parti akan membincangkan perkara tersebut dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.
"Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
"Jangan kita dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini. Pihak kepimpinan Amanah sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal-hal berkait pengganti kepimpinan dan masa depan parti mengikut aturan-aturan dan amalan kebiasaan parti,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Salahuddin yang juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.23 malam Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.
Salahuddin sebelumnya telah dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam Jumaat setelah mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Sementara itu, ujar Mohamad, tumpuan seluruh kepimpinan parti ketika ini ialah untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya di enam negeri.
"Saya sendiri memberi komitmen untuk memberikan tumpuan kepada tanggungjawab di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan turun bersama-sama ahli ke bawah untuk melaksanakan gerak kerja pilihan raya.
"Tanggungjawab kita sangat penting untuk memberi kemenangan kepada calon-calon daripada parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN),”katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Suasana pilu selubungi ketibaan jenazah Salahuddin
Belangsungkawa Datuk Seri Salahuddin Ayub
Jenazah Salahuddin selamat disolatkan di Masjid Al-Badar
Jenazah Salahuddin dikebumi di Pontian tengah hari Isnin
Jenazah Salahuddin akan disembahyangkan di Masjid Al-Badar
Salahuddin aktif pastikan tiada kenaikan harga barang - Mat Sabu
Salahuddin rakan baik, budiman - Sanusi