KLANG - Kerajaan Persekutuan bersetuju cadangan naik taraf Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada status bandar raya.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, cadangan berkenaan dipersetujui sebulat suara oleh jemaah menteri yang bermesyuarat, pada Selasa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, MPK akan menjadi bandar raya keempat di Selangor selepas Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
"Naik taraf ini bermaksud MPK mempunyai kekuatan kewangan yang mampan untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap, berkualiti serta bertaraf antarabangsa untuk meningkatkan daya huni dan kesejahteraan rakyat di Klang," katanya pada Program Sentuhan Kasih Selangor, di sini pada Rabu.
Beliau berkata, istiadat pengisytiharan MPK sebagai bandar raya akan dilaksanakan selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, KPKT meluluskan peruntukan RM5 juta bagi permohonan 21 projek oleh MPK antaranya projek naik taraf Pasar Pelabuhan Klang dan laluan pejalan kaki serta basikal di Jambatan Kota.
Artikel Berkaitan