Penduduk Islam, Kristian digesa bertenang

Iklan
Pihak berkuasa berkawal di luar sekolah selepas ia dibuka semula, semalam. - Foto: AFP

COLOMBO - SRI LANKA. Gereja Roman Katolik di Sri Lanka semalam menggesa semua pihak bertenang dan larangan minuman alkohol dikuatkuasakan secara sementara selepas pergaduhan peribadi telah mencetuskan pertempuran ganas antara penduduk Kristian dan Islam di Negombo yang menjadi sasaran serangan bom pada bulan lalu.

Ratusan pasukan keselamatan memasuki bandar itu selepas puluhan kedai, rumah dan kenderaan milik orang Islam menjadi sasaran kumpulan penyerang terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya merayu kepada kesemua penganut Kristian supaya tidak menyakiti orang Islam kerana mereka juga saudara kita, Elakkan mencederakan mereka dan cuba wujudkan pemahaman untuk hubungan lebih baik dalam semua masyarakat di Sri Lanka,” kata Uskup Colombo, Kardinal Malcolm Ranjith.

Petang semalam, polis mengesahkan situasi kembali terkawal. Menurut jurucakap polis, tiada insiden keganasan terbaharu dalam tempoh 24 jam, namun operasi keselamatan telah dipertingkatkan.

Iklan

Pihak berkuasa telah membuat dua tangkapan dan kini memburu lebih ramai suspek menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

"Kira-kira tiga orang cedera dalam pertempuran itu,” jelasnya.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, polis memaklumkan penyerang yang terlibat dalam siri serangan ganas di negara itu telah terbunuh atau diberkas.

Ketua Polis, Chandana Wickramaratne berkata, penyerang yang maut termasuk ‘dua pakar bom’.

"Kami telah merampas bahan letupan yang disimpan oleh mereka untuk serangan akan datang,” ujarnya lagi. - Agensi