Sze Fei-Izzuddin tekad beri aksi terbaik

Iklan
Sze Fei-Izzuddin - Foto: BADMINTON PHOTO

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei mengakui dia dan Nur Izzuddin Rumsani bermula agak perlahan ketika menyingkap pusingan pertama Terbuka Jepun pada Rabu.

"Saya rasa dalam perlawanan tadi kami mulakan aksi dengan rentak permainan perlahan.

Iklan
Iklan

"Situasi itu menyebabkan kami agak lambat untuk mendapatkan rentak permainan,” katanya

Sebelum itu, Sze Fei-Izzuddin yang berada di kedudukan 38 dunia mara ke pusingan kedua kejuaraan Super 750 tersebut di Gimnasium Yoyogi, Tokyo, Jepun.

Iklan

Sze Fei-Izzuddin mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan cabaran pasangan 34 dunia dari Jepun, Ayato Endo-Yuta Takei, 21-18, 21-15.

Dalam pada itu, Izzuddin berkata, mereka akan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Iklan

"Dan sudah tentu sasaran kami di kejohanan ini adalah juara.

"Tapi akan akan melakukan persediaan terbaik untuk perlawanan seterusnya.”

Kemenangan itu membolehkan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) tersebut berdepan beregu nombor tujuh dunia dari China, Liu Yiu Chen-Ou Xuan Yi di pusingan kedua.