PRN: Semua bekas ADUN PKR Pulau Pinang sedia bantu calon baharu

Iklan
Choo Kiang

GEORGE TOWN - Semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada PKR yang tidak dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti sedia memberi sokongan kepada 13 calon parti itu yang telah diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat PKR Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, semua bekas ADUN berkenaan juga telah menyerahkan bilik gerakan pilihan raya berserta jentera mereka kepada calon-calon baharu yang akan bertanding PRN.

Iklan
Iklan

"Semua pihak akan bekerjasama termasuk cabang parti, rakan komponen parti dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dalam membantu calon-calon untuk memastikan kemenangan kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas sesi mesyuarat bersama calon-calon PKR Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Choo Kiang berkata, dengan adanya kerjasama daripada semua pihak, beliau yakin PKR akan berjaya meraih kemenangan dalam kesemua 13 kerusi yang ditandingi pada PRN kali ini.

Iklan

"Sebelum ini juga kita menang semua 14 kerusi, jadi tidak mustahil kita mengulangi pencapaian itu walaupun dengan beberapa calon muka baharu,” katanya.

Sementara itu, Nurhidayah Che Rose, 32, satu-satunya calon wanita dan juga calon paling muda untuk PKR di Pulau Pinang berkata, beliau bersedia untuk memperkasakan golongan wanita negeri ini khususnya di kawasan DUN Sungai Bakap sekiranya diberi peluang sebagai wakil rakyat di kawasan itu. - Bernama

Iklan