PUTRAJAYA - Malaysia dan Filipina bersetuju untuk menyokong Kepusatan ASEAN dan terus bekerjasama rapat untuk menangani pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh geopolitik dan sosioekonomi yang sentiasa berubah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, khususnya dalam isu Myanmar, keperluan untuk mengukuhkan Konsensus Lima Perkara (5PC) adalah antara topik perbincangan dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. pada Rabu.
Iklan
Iklan
"Kami menyentuh isu Myanmar untuk mengukuhkan 5PC ASEAN tetapi juga memberi sedikit kelonggaran dan ruang kepada negara jiran untuk melibatkan diri secara tidak formal tanpa mengorbankan isu hak asasi manusia dan layanan terhadap minoriti terutamanya Rohingya dan minoriti lain di Myanmar,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa sidang media bersama sempena lawatan negara tiga hari Marcos ke Malaysia.
Sementara itu, Marcos berkata, kedua-dua negara mengesahkan semula komitmen untuk menyokong aktiviti dalam konteks ASEAN dan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur- Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) dalam mengiktiraf kepentingan Kepusatan ASEAN.
AKAN MENYUSUL