Lapan premis makanan kotor di Bachok diarah tutup

Iklan
JKNK mengarahkan lapan premis makanan di daerah ini ditutup manakala 108 notis kompaun dikeluarkan sepanjang Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 07/2023.

BACHOK - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan lapan premis makanan di daerah ini ditutup manakala 108 notis kompaun dikeluarkan sepanjang Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 07/2023.

Operasi pada Rabu itu melibatkan 52 premis makanan yang terletak di sekitar Bandar Bachok, Jalan Melawi-Kandis, Jalan Bachok–Budi dan Jalan Bachok–Beris Kubur Besar.

Iklan
Iklan

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua lapan premis tersebut diarah untuk ditutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Untuk notis kompaun pula ia melibatkan pemilik premis dan pengendali makanan di atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurut beliau, kesalahan tidak mematuhi kehendak berhubung dengan pakaian pengendali makanan mencatatkan notis paling tertinggi iaitu 88 kes, tidak mematuhi kehendak berhubung dengan amalan pengendali makanan (memakai aksesori) 12 kes dan tidak mempamerkan perakuan pendaftaran premis makanan dalam premis makanan itu, tiga kes.

Ujarnya, dua kes melibatkan membenarkan pengendali makanan yang tidak menghadiri latihan pengendali makanan atau tidak membuat pemeriksaan perubatan dan mendapatkan vaksin bekerja di premis.

Iklan

Dr Zaini memberitahu, sementara itu, masing-masing satu kes bagi tidak mendaftar premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tidak membuat pemeriksaan kesihatan pengendali makanan dan mendapatkan vaksin serta tidak menyimpan, mendedah untuk jualan, mempamer makanan yang sedia dimakan yang tidak dilindungi secukupnya/boleh menyebabkan makanan tercemar.

"JKNK menasihatkan orang ramai khususnya yang mengunjungi premis makanan di daerah Bachok dan juga di seluruh Kelantan supaya memilih premis makanan yang bersih ketika makan di luar," katanya.