Lagi penduduk Palestin dibunuh di Nablus

Iklan
Mohammed Abd al-Hakim Nada mangsa terbaharu kekejaman tentera Israel di Nablus. - Agensi

RAMALLAH - [DIKEMAS KINI] Tentera Israel menembak mati seorang lagi penduduk Palestin dalam serbuan di Nablus, Tebing Barat.

Pembunuhan itu berlaku 24 jam selepas tiga pemuda Palestin ditembak di kem al-Ain.

Iklan
Iklan

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan menyebut mangsa dikenali sebagai Mohammed Abd al-Hakim Nada.

"Mangsa yang berusia 23 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Iklan

"Dia disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital," menurut kenyataan itu.

Ketegangan di Tebing Barat semakin memuncak sejak beberapa bulan kebelakangan ini dengan tentera Israel kerap melancarkan operasi waktu malam atau sebelum subuh yang mencetuskan kemarahan penduduk Palestin.

Iklan

Lebih 200 penduduk Palestin terbunuh sebahagian besarnya di Nablus akibat tindakan agresif tentera rejim sejak awal tahun ini. - Agensi

Tentera Israel tembak mati kanak-kanak Palestin di Tebing Barat

Dalam pada itu Bernama melaporkan, di Toronto, Tentera Israel menembak dan membunuh seorang kanak-kanak Palestin dalam serbuan ke atas bandar Qalqilya di Tebing Barat yang diduduki pada Rabu malam.

Kanak-kanak yang cedera parah di kepala itu dibawa ke Hospital Negeri Qalqilya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Butiran identiti dan umur kanak-kanak itu tidak didedahkan.

Tentera Israel menyerbu daerah Nakkar di bahagian barat Qalqilya pada sebelah malam, menurut maklumat yang diperoleh Anadolu daripada saksi tempatan.

Tentera rejim menggunakan peluru hidup dan getah serta gas pemedih mata ke atas pemuda Palestin yang cuba menghalang serbuan dengan membaling batu dan bom petrol.

Walaupun Israel masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu, serbuan berkenaan dilapor dibuat dengan tujuan menahan orang yang dikehendaki.

Sejak awal tahun ini, Tebing Barat menjadi tegang kerana serangan berulang kali tentera Israel ke atas bandar-bandar Palestin, menahan dan membunuh individu dianggap"dikehendaki", serta serangan berulang pendatang Israel ke atas kampung dan pekan Palestin.