[VIDEO] Terpaksa berhenti sekolah demi jaga nenek

Iklan

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa melupakan alam persekolahan apabila neneknya diserang strok pada Mac lalu.

Lebih menyedihkan lagi Mohd Airis Haikal Abdullah dan neneknya, Moreena Mohamad, 59, terpaksa keluar dari rumah sewa yang didiami di Kok Lanas kerana tidak mampu untuk membayar sewa berjumlah RM250.

Iklan
Iklan

Selepas terlantar, Moreena yang sebelum ini mencari rezeki dengan menjual barangan kitar semula tidak dapat berbuat demikian sehingga hilang punca pendapatan dan hanya mampu bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM250.

Lebih menyedihkan lagi Mohd Airis Haikal dan neneknya, Moreena, terpaksa keluar dari rumah sewa yang didiami di Kok Lanas kerana tidak mampu untuk membayar sewa berjumlah RM250.

Moreena dan Mohd Airis Haikal kini terpaksa menumpang di ruangan dapur rumah salah seorang ahli keluarganya di Kampung Batu 8 di sini.

Iklan

Disebabkan itu Mohd Airis Haikal terpaksa keluar dari sekolah lamanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Lanas kerana jarak dari tempat tinggal sekarang terlalu jauh.

Dia sebelum ini pernah tular apabila ditemui orang ramai berjalan kaki sambil menolak neneknya di atas kerusi roda sejauh 20 kilometer untuk berulang alik dari Kok Lanas ke Batu 8.

Iklan

Ketika ditanya, Mohd Airis Haikal berkata, dia rindu hendak ke sekolah dan berjumpa rakan-rakan.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa melupakan alam persekolahan apabila neneknya diserang strok pada Mac lalu.

"Tapi kalau saya ke sekolah, siapa hendak jaga nenek di rumah.

"Sejak nenek terlantar, saya perlu mandikan, beri makan dan ubat kepadanya," ujarnya.

Menurut Moreena pula, dia terpaksa bergantung hidup kepada cucunya itu apabila separuh badan sebelah kiri langsung tidak dapat digerakkan.

Tambahnya, dia mempunyai empat orang anak, salah seorang sudah meninggal manakala tiga lagi iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia 33 hingga 40 tahun langsung tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dijejaki.

Ujar dia, Mohd Airis Haikal merupakan anak kepada anak perempuannya yang dijaga sejak bayi lagi.

"Kali terakhir anak-anak pulang masa Aidilfitri lalu, itu pun sekejap sahaja.

"Selepas itu mereka menghilang sehingga sukar dihubungi," katanya.

Sebelum itu, Moreena dan Mohd Airis Haikal menerima kunjungan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang diwakili oleh Pegawai Agihan Zakat, Ikhwan Mat Yasin@Hashim.

Beliau telah menyerahkan sumbangan RM3,000 untuk bantuan perubatan dan RM500 bantuan bulanan fakir miskin.

Mohd Airis Haikal juga akan diberikan bantuan Biasiswa Tengku Anis MAIK apabila menyambung semula persekolahannya nanti.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03036020502405 Siti Meriam Mohd Zin.