Buah tangan Ayda Jebat sebelum cuti panjang

Iklan
Nabil dan Ayda berkongsi berita gembira itu ketika sidang media drama terbaharu lakonan Ayda baru-baru ini. - Foto ihsan Azrul Rafie (Astro)

PELAKON dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui memilih untuk kembali berlakon sebaik menyedari dia hamil anak kedua.

Jelas Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, dia menganggap drama 50 episod, Bukan Cinta Sempurna sebagai buah tangan buat peminat sebelum kembali bercuti pada Disember depan.

Iklan
Iklan

"Selepas bersalinkan Ana Nayla, saya ambil cuti setahun setengah untuk beri tumpuan pada anak. Jadi bila hamil anak kedua, saya jangkakan akan lakukan perkara sama selepas bersalin.

"Memandangkan saya sudah empat tahun tidak berlakon, jadi saya kira apa salahnya untuk tampil dengan satu drama sebelum kembali bercuti panjang,” katanya.

Iklan

Ayda berkata demikian ketika ditemui pada majlis Majlis Tayangan Drama-Drama Terbaharu Astro di Dadi Cinema Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Ayda, 31, suaminya, Nabil Mahir tidak menghalang dia bekerja biarpun ketika awal trimester kehamilan dan sentiasa menemaninya di set penggambaran.

Iklan

Malah dia merasakan lebih cergas sepanjang hamil kali ini berbanding ketika mengandungkan Ana Nayla dua tahun lalu.

Biarpun hamil, Ayda masih aktif bekerja. - Foto ihsan Azrul Rafie (Astro)

"Sebelum ini pun Nabil banyak kali tanya bila saya nak berlakon drama dan selepas dapat tawaran, kami ada duduk berbincang.

"Kru produksi juga sangat menjaga saya, sekiranya ada babak yang perlukan saya berlari atau naik turun tangga, mereka akan ubah. Kalau saya terlalu penat, mereka akan tamatkan penggambaran awal. Jadi saya rasa selamat bila orang keliling beri sokongan yang baik,” ujarnya.

Berkongsi mengenai kehamilannya, Ayda yang kini hamil lima bulan memilih untuk tidak mengetahui jantina anaknya sehingga sambutan hari jadi anak sulungnya pada 21 September depan.

Jelas pelakon Pinjamkan Hatiku itu, dia akan berkongsi dua kejutan dalam satu majlis kelak.

"Insya-ALLAH kami akan buat pengumuman jantina pada majlis hari jadi Nayla dan satu lagi kejutan yang akan diumumkan kelak.

"Hamil kali ini memang berbeza, saya lebih aktif cuma satu sahaja perkara yang buat saya sedih, saya tak boleh minum minuman kegemaran saya, Milo,” katanya tertawa kecil.