TUNIS - Lebih 900 mayat pendatang tanpa izin ditemukan di pantai Tunisia dalam tempoh enam bulan, kata Menteri Dalam Negeri, Kamel Feki pada Rabu, lapor Sputnik.
"Antara 1 Januari dan 20 Julai, sebanyak 901 mayat dijumpai. Sebanyak 26 daripadanya warga Tunisia, 267 warga asing dan 608 tidak dikenali," kata Feki pada mesyuarat mengenai usaha memerangi penghijrahan secara haram.