ACT 2023: Gergasi hoki Asia dijangka simpan 'taring'

Iklan
Arulselvaraj

PASUKAN gergasi benua ini yang bakal beraksi di Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia (ACT) 2023 di Chennai, India pada 3-12 Ogos ini, dijangka tidak mempamerkan ‘taring’ sebenar mereka.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan A Arulselvaraj berkata, ia berikutan kesemua pasukan akan menyimpan kekuatan sebenar untuk Sukan Asia di Hangzhou, China bermula 23 September hingga 8 Oktober yang menawarkan slot awal ke Sukan Olimpik Paris 2024 untuk pemenang pingat emas.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kemungkinan besar hanya China, Pakistan dan tuan rumah India yang akan mempamerkan aksi terbaik mereka, manakala pasukan lain dalam kejohanan enam penjuru itu menghadapinya sebagai persediaan terakhir ke Sukan Asia.

"China dan Pakistan tidak rugi apa, manakala India mungkin merasakan mereka adalah ‘Australia’ (pasukan terkuat) Asia. Jadi, saya yakin Korea Selatan, Jepun dan kita (Malaysia) akan berusaha menggunakan kejohanan tersebut sebagai persiapan akhir,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur pada Khamis.

Iklan

Arulselvaraj berkata, walaupun tiada sasaran ditetapkan, skuad ‘Speedy Tigers’ tetap akan cuba mendapatkan keputusan yang baik pada setiap perlawanan kerana ia meningkatkan keyakinan pemain.

Pada masa sama, beliau mahu berhati-hati untuk tidak menunjukkan segala taktik dan kerahsiaan pasukan seperti gaya serangan dan strategi pukulan sudut penalti bagi mengelak dihidu pasukan lawan.

Iklan

"Kita mahu menampilkan permainan dan perlawanan yang baik dan sebolehnya pulang tanpa kecederaan. Sudah tentu kita akan membuat analisis terhadap pasukan kita, memperbaiki sedikit di sana sini, mengasah dan menajamkan senjata kita,” katanya.

Berdasarkan pengumuman senarai pemain oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Datuk Najmi Razak, penyerang berbisa Mohd Fitri Saari dan tonggak tengah Abdul Khaliq Hamirin kembali menyarung jersi kebangsaan.

Skuad ‘Speedy Tigers’ yang menduduki ranking ke-10 dunia akan memulakan kempen ke atas Pakistan (ranking ke-16) pada 3 Ogos, diikuti aksi menentang China (25) pada 4 Ogos, India (4) pada 6 Ogos, Jepun (19) pada 7 Ogos dan juara bertahan Korea Selatan (9) pada 9 Ogos.

Empat pasukan terbaik selepas liga sepusingan (round robin) akan mara ke separuh akhir pada kejohanan melibatkan enam pasukan terbaik Asia yang diperkenalkan sejak 2011.

Malaysia meraih kedudukan ketiga pada enam daripada tujuh edisi hingga 2018, namun tidak menyertai edisi 2021 di Dhaka, Bangladesh berikutan seorang pemain disahkan positif Covid-19 sebelum bertolak, menyaksikan keseluruhan pasukan menjalani kuarantin.

Skuad ACT 2023:

No

Nama

Posisi

1

Muhammad Hafizuddin Othman

Penjaga Gol

2

Mohd Zaimi Mat Deris

Penjaga Gol

3

Muhammad Razie Abd Rahim

Pertahanan

4

Muhammad Marhan Mohd Jalil

Pertahanan

5

Muhammad Najmi Farizal Jazlan

Pertahanan

6

Muhammad Aminuddin Mohd Zain

Pertahanan

7

Muhammad Syafiq Hassan

Pertahanan

8

Muhajir Abdu Rauf

Pertahanan

9

Muhammad Najib Abu Hassan

Pertahanan

10

Muhammad Amirul Hamizan Azahar

Pertahanan

11

Faiz Helmi Jali

Tengah

12

Meor Muhammad Azuan Hassan

Tengah

13

Shello Silverius

Tengah

14

Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal

Tengah

15

Abdul Khaliq Hamirin

Tengah

16

Muhammad Firhan Ashaari

Penyerang

17

Faizal Saari

Penyerang

18

Mohamad Ashran Hamsani

Penyerang

19

Muhamad Ramadan Rosli

Penyerang

20

Mohd Fitri Saari

Penyerang

-- Bernama