Hasil PRN bukti referendum rakyat terhadap pentadbiran Anwar - KJ

Iklan
Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Pilihan raya negeri (PRN) enam negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan merupakan referendum rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang telah memerintah selama lapan bulan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Selangor bakal berhadapan ujian sebenar dalam melihat keberhasilan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan rekod prestasi, pentadbiran negeri penyandang dan nombor pengundian awal, Selangor merupakan negeri di bawah PH yang akan kalah. Bagaimanapun, arus politik di Malaysia pula menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mungkin mempunyai momentum,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beritahu bekas Ahli Parlimen Rembau itu, walaupun PH merupakan sebuah parti yang diharapkan untuk kekal berkuasa di Selangor tetapi PN berupaya untuk menguasai negeri berkenaan. Bagaimanapun ia bergantung kepada peratusan jumlah rakyat yang keluar mengundi dan kebolehpindahan undi.

Iklan

Katanya, hanya peralihan sederhana dalam sokongan orang Melayu boleh menyingkirkan PH daripada terus berkuasa di Selangor.

Khairy menjelaskan, semua bergantung kepada kempen mengalihkan pengundi yang belum membuat keputusan akan menjejaskan konfigurasi politik Malaysia.

Iklan