KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur membongkar kegiatan penjualan barangan berjenama disyaki tiruan dalam serbuan di sebuah premis jualan di pusat beli-belah di Sungei Wang, di sini, kelmarin.
Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Low Swee Hon, berkata, serbuan dijalankan pada jam 11.30 pagi hasil maklumat dan risikan.
"Pemeriksaan telah menyita sebanyak 673 helai baju, 995 pasang kasut dan enam unit iklan tanda harga.
"Kesemua barang berjenama yang disyaki tiruan ini dianggar bernilai RM126,420," katanya.
Mengulas lanjut, beliau mendedahkan, premis yang beroperasi di ruang legar bangunan dipercayai telah beroperasi sejak Julai lalu.
Tambahnya, premis yang beroperasi secara berpindah-pindah ini disyaki memperoleh barangan tersebut dari luar negara dengan memperdaya pengguna sebagai barangan original.
"Bagi mengaburi tindakannya, premis telah menawarkan diskaun bagi menarik pelanggan membelinya," katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.