Inisiatif ibu kembali bekerja tingkatkan tenaga kerja wanita

Iklan
Inisiatif seperti pembiayaan program sokongan untuk menggalakkan ibu kembali bekerja dan penyediaan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik dapat memainkan peranan memastikan penyertaan penuh wanita dalam pasaran buruh. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Inisiatif seperti pembiayaan program sokongan untuk menggalakkan ibu kembali bekerja dan penyediaan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik dapat memainkan peranan memastikan penyertaan penuh wanita dalam pasaran buruh.

Inisiatif Penyelidikan Sosial dan Ekonomi (SERI) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, walaupun wanita muda memperlihatkan pencapaian luar biasa dalam pendidikan, penglibatan mereka dalam sektor tenaga kerja masih rendah dan tidak seimbang iaitu kira-kira 55.5 peratus berbanding golongan lelaki sebanyak 80.9 peratus.

Iklan
Iklan

"Inisiatif ini perlu dilengkapkan dengan agenda wanita yang lebih luas dengan meneliti dan menangani jurang sosial dan budaya yang menghalang kemajuan. Penyelesaian ekonomi tidak boleh dibuat dalam keadaan yang terkekang,” menurut kenyataan itu.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pelancaran inisiatif Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat mengumumkan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik akan disediakan sebagai langkah meningkatkan kadar penyertaan wanita di alam pekerjaan.

Iklan

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata ia sebagai satu daripada inisiatif Ekonomi Penjagaan (Care-Ekonomy) dan kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi memudah cara proses pendaftaran taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara. - Bernama

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara

Malaysia sasar di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033

Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat

Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan

Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama

Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM

Ekonomi Madani: GLC & GLIC akan pacu pelaburan domestik

Ekonomi Madani kerangka utama ekonomi - Fahmi

KKDW, MOT bentang perincian Ekonomi Madani minggu depan

Gaji bermakna, kongsi kekayaan bina masyarakat saksama - PM