Warga emas ditemukan maut selepas bergaduh

Iklan
Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas warga tempatan ditemukan maut dengan kesan cedera di mulut, mata dan muka, di tempat letak kereta sebuah hotel di Genting Highlands, selepas dirakam bergaduh di lobi hotel.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang berusia 67 tahun, ditemukan pada jam 5.39 petang semalam dalam keadaan terlentang.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dengan seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun di lobi, sebelum mereka beredar ke tempat letak kereta dan sekali lagi bergaduh.

"Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada salah faham dan tidak puas hati antara mangsa dan suspek disebabkan bilik hotel,” katanya menerusi kenyataan.

Iklan

Zaiham berkata, suspek yang mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau, kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat.

Iklan

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di 09-2222222 atau balai polis berhampiran. - Bernama