KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO akan memberi tumpuan kepada kempen yang berasaskan fakta secara matang serta tidak menyentuh isu-isu berkaitan 3R (agama, institusi diraja, kaum) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, bulan depan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sentimen yang menyentuh isu 3R harus dielakkan semasa kempen pilihan raya kerana ia hanya memecahbelahkan rakyat.
Iklan
Iklan
"Rakyat hari ini harapkan suatu perubahan politik yang jauh lebih matang yang boleh dihasilkan calon Pemuda, jadi jangan terikut-ikut dengan gaya dan politik yang tidak matang kerana rakyat mahu melihat masa depan negara yang bergantung kepada generasi pemimpin muda hari ini.
Mengenai senarai nama calon Pemuda UMNO yang diumumkan Barisan Nasional untuk PRN enam negeri ini, Muhamad Akmal berkata, 23 peratus calon daripada jalur Pemuda itu menggambarkan keterbukaan parti terhadap bakat muda UMNO.
PRN membabitkan negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan ditetapkan pada 12 Ogos dengan hari penamaan calon Sabtu ini. - Bernama
Artikel Berkaitan