Bersatu Sabak Bernam bantah 'calon luar'

Iklan
Mohd Fasiah

SABAK BERNAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Sabak Bernam sebulat suara membantah calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan.

Ketuanya, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata, hasil mesyuarat bersama peringkat cawangan Bersatu pada malam Khamis mengambil keputusan menolak pencalonan calon Bersatu, Zaidi Selamat di kerusi DUN itu yang disifatkan sebagai calon luar.

Iklan
Iklan

"Kami telah membuat keputusan membantah dan menolak calon luar dan meminta Zaidi menarik diri sebagai calon PRN," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Zaidi sebagai calon DUN dalam Majlis Pengisytiharan Calon PN Selangor di Taman Medan pada malam Rabu.

Iklan

Zaidi dijangka menentang penyandang kerusi DUN itu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Rizam Ismail.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Rizam memenangi kerusi DUN itu selepas memperoleh majoriti 1,440 undi.

Iklan

Rizam meraih 5,437 undi menewaskan calon Pas, Zamri Yahya yang memperoleh 3,997 undi dan calon Bersatu, Mohd Hamizar Sulaiman yang mendapat 3,921 undi.