Inisiatif Payung RAHMAH stabilkan inflasi

Iklan
Program Jualan RAHMAH KPDN turut disokong dengan Jualan AgroMadani oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang membawa hasil pertanian terus dari ladang pada harga yang lebih murah.

Inflasi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah berjaya diturunkan sehingga 8.1 peratus

Program Jualan RAHMAH KPDN turut disokong dengan Jualan AgroMadani oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang membawa hasil pertanian terus dari ladang pada harga yang lebih murah.


Inisiatif Payung RAHMAH yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terbukti berjaya menstabilkan infl asi pada kadar yang lebih rendah.

Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, program Payung RAHMAH adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedudukan inflasi dengan trend mereda bagi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah turut disumbangkan oleh pengenalan Menu RAHMAH pada 31 Januari lalu.

"Inflasi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah berjaya diturunkan kepada kadar 8.1 peratus (Mei 2023) berbanding 9.6 peratus (November 2022).

Iklan

"Setakat ini, terdapat sebanyak 2,922 bilangan operator pengusaha Menu RAHMAH di seluruh negara dan 290 pengusaha menu Siswa RAHMAH di universiti awam dan politeknik,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Azman berkata, program Jualan RAHMAH yang menawarkan diskaun harga barangan makanan dan keperluan asas sehingga 30 peratus sedang giat dilaksanakan oleh KPDN melibatkan 222 Kawasan Parlimen seluruh negara.

Iklan

"Sehingga 30 Jun tahun ini, KPDN telah melaksanakan sebanyak 3,557 lokasi Jualan RAHMAH."Penekanan diberikan kepada pelaksanaan Jualan RAHMAH secara mobil dengan hashtag #KedaiCariRakyat bagi memastikan manfaat Jualan RAHMAH dapat dinikmati oleh lebih ramai golongan rakyat berpendapatan rendah,” katanya.

Jelasnya, Program Jualan RAHMAH ini dilaksanakan dengan tiga cara iaitu cara yang pertama ialah dengan membuat jualan di dalam premis yang sesuai seperti pasar raya, hypermarket dan sebagainya.

Kerjasama dengan pemimpin

"Cara yang kedua adalah secara di lapangan di mana KPDN bekerjasama dengan pemimpin tempatan membawa pemainpemain industri untuk membuat jualan di kawasan parlimen dan DUN.

AZMAN MOHD YUSOF

"Manakala cara yang ketiga ia diadakan secara mobil oleh rakan strategik KPDN yang akan mengadakan jualan secara bergerak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya atau premis peruncitan yang bersesuaian serta jauh untuk mendapatkan barangan keperluan harian,” katanya.

Katanya lagi, Program Jualan RAHMAH KPDN turut disokong dengan Jualan AgroMadani oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang membawa hasil pertanian terus dari ladang pada harga yang lebih murah.

"Sehingga kini sebanyak 620 Jualan Agro-Madani telah dilaksanakan termasuklah di 52 premis kerajaan di seluruh negara,” katanya.

Azman berkata, sebelum ini juga kerajaan telah melaksanakan beberapa program yang memahami dan mendekati denyut nadi rakyat seperti Program Pengedaran Barangan Perlu Community Drumming dan LPG, Program Skim Subsidi Minyak Masak (COSS), Program Subsidi Tepung Gandum dan Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menurutnya, semua program ini bertujuan memastikan rakyat mendapat barangaan keperluan asas pada harga yang berpatutan.

"Seramai 946 pegawai pemantau harga di seluruh negara melaksanakan cerapan harga dan memantau barangan di premis terpilih."Data harga yang diperoleh akan dipaparkan di dalam Aplikasi Price Catcher bagi membolehkan pengguna membuat rujukan sebelum membuat pembelian,” katanya.

Manfaatkan golongan sasar

Azman menambah, KPDN juga komited bagi memastikan subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan dimanfaatkan oleh golongan sasar dengan melaksanakan Ops Tiris dilancarkan pada 1 Mac yang lalu.

"Sepanjang pelaksanaan Ops Tiris bermula 1 Mac sehingga 20 Julai lalu, sebanyak 8,585 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara merangkumi stesen minyak, pemborong, pengilang, kuari, pos kawalan dan lain-lain premis dan sejumlah 363 kes (182 kes serahan agensi),” jelasnya.

Jelas Azman lagi, seramai 2,200 pegawai penguatkuasa telah digerakkan setiap hari bagi memantau harga 480 item di seluruh negara dengan 186 item dipantau secara harian.

"Data harga runcit dikutip setiap hari di lebih 1,400 premis di seluruh negara merangkumi pasar basah, pasaraya, pasaraya besar, kedai runcit dan pasar mini.

"Pemantauan yang dilaksanakan setiap hari menunjukkan harga kebanyakan item adalah stabil bagi tempoh empat bulan terkini,” kata Azman.

Talian Aduan KPDN

•WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000

• Portal Aduan; e-aduan.kpdn.gov.my

• Call Centre 1-800-886-800

• Emel e-aduan@kpdn.gov.my

• Ez ADU KPDN

• Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245

Reaksi

SHEIKH FAROUK SHEIKH MOHAMED


"AEON BiG menyokong inisiatif oleh KPDN melalui pelbagai Program"Rahmah” sejak ia dilancarkan pada Februari lalu. Peluasan program yang bermula daripada Peruncit Runcit hingga kini diperluaskan kepada peruncit dan industri kategori lain menunjukkan lebih banyak organisasi perniagaan percaya kepada usaha gigih KPDN untuk membendung isu tersebut” - Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed

AMEER ALI MYDIN

"Usaha bersama daripada kedua-dua pihak KPDN dan sektor peruncitan penting untuk memastikan rakyat dapat manfaat dari setiap sen yang dikeluarkan. Sebagai sebuah pasar raya besar, Mydin cuba mengekalkan harga yang paling rendah terutama melibatkan barangkan keperluan harian”- Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin

DR SHAZALI ABU MANSOR

"Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, saya harap orang ramai dapat berbelanja secara berhemah dengan mengutamakan perbelanjaan barangan keperluan terlebih dahul. Boleh untuk berbelanja besar tetapi perlu ingat simpanan pada waktu susah”- - Pakar Ekonomi University College i-CATS Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor

MUHAMMAD SHAM

"Sebagai pengguna, saya harap agar KPDN dapat mengadakan penguatkuasaan lebih ketat terutama melibatkan ketirisan minyak paket agar ia sampai kepada pengguna sasar dan golongan berpendapatan rendah”- Pekerja swasta, Muhammad Sham Osman, 50

RUSMAWATI

"Sebagai suri rumah, saya harap agar sebarang kenaikan barangan keperluan harian seperti beras, ikan dan ayam dapat dikawal sebaiknya memandangkan kos kehidupan semakin tinggi terutama keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah terutama sekali penduduk yang tinggal di bandar”- Suri rumah, Rusmawati Senawi, 44