E-tunai RM100: 'Bukan gula-gula, kerajaan mahu galak ekonomi digital'

Iklan
Anthony - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

PUTRAJAYA - Pemberian kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah bukan ‘gula-gula’ daripada kerajaan menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu dan menggalakkan ke arah ekonomi digital iaitu melakukan pembayaran tanpa tunai.

Iklan
Iklan

"Untuk 10 juta rakyat yang dapat kredit itu, ia lebih kepada satu proses untuk kita ke arah ekonomi digital. Mengapa kita buat ini?

Sebab nak membiasakan rakyat Malaysia dengan penggunaan e-dompet.

Iklan

"Kalau nak bangunkan ekonomi digital, rakyat mesti sambut.

Rakyat mesti gunakan pembayaran tanpa tunai ini.

Iklan

Ia antara inisiatif yang bantu ke arah pendigitalan ekonomi ataupun ke arah ekonomi digital,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Menurut Anwar, inisiatif tersebut membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.

Tambah Anthony, inisiatif tersebut dibuat adalah kerana masih terdapat ramai menggunakan tunai sebagai platform pembayaran.

"Bayangkan jika 10 juta yang dapat kredit ini, maka kita sudah ada 10 juta pengguna e-dompet.

Itu hasrat kita supaya galakkan penggunaan digital platform itu,” ujarnya.

Tambah beliau, peluncuran Ekonomi Madani yang diumumkan itu merupakan satu kerangka dasar ekonomi bagi memastikan visi yang disasarkan tercapai.

"Ini bukan gula-gula, ini (Ekonomi Madani) kerangka dasar.

Visi kita jelas, kita nak jadi ekonomi 30 teratas di dunia, nak pendapatan meningkat, mahu sebuah masyarakat yang berinklusif dan mempunyai ekonomi berdaya saing.

"Visi ini mesti diterjemahkan melalui program-program dan juga peruntukan kerajaan.

Ia akan dilaksanakan secara berperingkat melalui belanjawan tahunan dan sebagainya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara

Malaysia sasar di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033

Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat

Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan

Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama

Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM

Ekonomi Madani: GLC & GLIC akan pacu pelaburan domestik

Ekonomi Madani kerangka utama ekonomi - Fahmi

KKDW, MOT bentang perincian Ekonomi Madani minggu depan

Gaji bermakna, kongsi kekayaan bina masyarakat saksama - PM