[VIDEO] 'Lawan parti kerana tak puas hati tindakan tidak bertanggungjawab'

Iklan

PUTRAJAYA - Tindakan beberapa ahli DAP yang bertindak melawan keputusan parti disebabkan tiada dalam senarai calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) diibarat sebagai tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap nama diketengahkan parti melalui proses-proses yang ditetapkan dan berdasarkan jawatankuasa pemilihan calon.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan apabila terdapat calon yang digugurkan daripada bertanding akan membangkitkan pelbagai isu dan tuduhan kepada parti.

"Dalam keadaan ada pertukaran calon, sudah tentu ada pihak yang tidak berpuas hati lalu buat dakwaan dan sebagainya.

Iklan

Mengapa semasa (mereka) jadi calon, dia tidak kata pula ada maharaja?

"Jawapan saya senang, ini perkara biasa dalam politik. Sedangkan kepimpinan (sebelum ini) lebih kurang sama.

Iklan

Dalam politik, kita tidak boleh lihat kepada satu dua orang.

"Kalau tidak puas hati, dia nak lawan parti.

Saya rasa ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Apabila tidak dicalonkan, dia nak lawan parti. Jadi, ini tidak adil,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada Khamis.

Anthony - FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pada Rabu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees mendakwa senarai calon DAP untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini ditentukan oleh hanya seorang ‘maharaja’.

Satees yang digugurkan DAP daripada mempertahankan kerusi itu mendakwa lagi, ‘individu’ terbabit menggunakan kuasanya untuk membuat keputusan sendiri.

Dalam masa sama, bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel bakal bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Prai selepas mengumumkan keluar daripada parti itu pada Rabu.

Mengulas mengenai perkembangan ahli DAP yang akan keluar parti susulan tidak dicalonkan, Anthony berkata, perkara tersebut akan diketahui pada hari penamaan calon pada Sabtu ini.

Menurutnya, sekiranya terdapat ahli yang bertanding sebagai calon Bebas, keahlian mereka secara automatik akan digugurkan dan tidak boleh kembali kepada parti berdasarkan perlembagaan.

"Saya tidak suka bergaduh dengan mana-mana pihak.

Kalau mereka rasa mereka ini hebat nak jadi calon Bebas, saya tidak boleh halang mereka.

Itu hak sebagai seorang rakyat Malaysia dari segi undang-undang untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Dalam parti, kita punya semangat ialah tidak ada mana-mana individu lebih besar daripada parti termasuk saya sendiri.

Kalau katakan saya bertindak secara bersendirian, bertanding secara Bebas, saya juga tergugur,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: Lima Exco Pulau Pinang digugurkan, Guan Eng, Kon Yeow kekal

Kami bukan 'kem maharaja' dalam DAP - Satees