Kopi 3K

Iklan
Pekerja kedai makan, Riastuty Basri 37, membuat air kopi yang dipesan pelanggan menggunakan serbuk Kopi Kampung Kundang atau Kopi 3K ketika tinjauan disekitar Tanjung Sepat Banting.

Kopi 3K mendapat sambutan yang menggalakkan dari luar daerah Kuala Langat dan Sepang dengan hasil jualan mencecah RM30,000 sebulan. Beberapa proses dilakukan dengan teliti bagi menghasilkan hasil kopi yang bermutu bermula buah kopi yang dipetik terus dari ladang kemudian dikeringkan di bawah cahaya matahari. Selepas biji kopi diasingkan akan dimasak bersama ramuan lain di dalam kawah khas lebih kurang dua jam bagi menghasilkan 60 kilogram Kopi 3K tersebut.

Kesemua biji kopi tersebut kemudian disejukkan sebelum proses leraian dilakukan. Biji kopi tersebut yang telah dileraikan akan dikisar sama ada menjadi serbuk halus atau kasar menggunakan mesin khas sebelum dibungkus dan dijual kepada penggemar Kopi 3K.