UMNO Subang beri sokongan padu kepada calon DAP

Iklan
Michelle mendapat sokongan penuh ahli UMNO apabila dicalonkan semula di Subang Jaya.

SUBANG JAYA - Calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Szen mengakui prinsip dan sikap 'tidak pilih bulu' menjadi antara penyebab beliau mendapat sokongan padu daripada jentera UMNO Subang.

"Saya berpegang pada prinsip selepas menjadi wakil rakyat (penggal lalu) tidak kira pengundi itu dahulunya memilih siapa, apa warna kulit atau agama, saya kena mewakili semua pengundi," katanya.

Iklan
Iklan

Michelle yang dicalonkan semula di Subang Jaya berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemesraan dan sokongan padu diterima daripada jentera UMNO Subang ketika mengadakan pertemuan bersama jentera parti gabungan kerajaan itu.

Menurutnya, kemesraan itu juga sebenarnya sudah lama terjalin kerana majoriti ahli UMNO adalah penduduk setempat dan saling mengenali antara satu sama lain sejak sekian lama.

Michelle ketika mengadakan pertemuan dengan UMNO Subang pada Rabu lalu.

Iklan

Jelasnya, beliau juga pernah bekerjasama dengan mereka yang turut menjadi ahli rukun tetangga, ahli persatuan penduduk dan wakil penduduk sepanjang tempoh perkhidmatannya penggal lalu.

"Itu sebabnya saya mengenepikan apa yang telah berlaku sebelum ini dan menumpukan kepada perkhidmatan sahaja dalam tempoh lima tahun yang diberikan kepada saya dahulu," katanya.

Iklan

Pada Rabu, calon DAP yang mewakili Pakatan Harapan (PH) itu mengadakan pertemuan dengan UMNO Subang dan mendapat sokongan penuh jentera parti itu selepas dicalonkan semula di Subang Jaya.

Suasana pertemuannya itu turut dikongsikan di laman Twitternya dan beliau berterima kasih di atas sokongan diberikan kepadanya sebagai calon PH di Subang Jaya pada pilihan raya negeri kali ini.