Dua lelaki disamun, kereta rosak dilanggar

Iklan
Keadaan kereta mangsa yang rosak selepas dilanggar suspek.

SEREMBAN - Dua lelaki bukan sahaja disamun tetapi keretanya turut dilanggar sehingga rosak ketika minum di kawasan parkir berhadapan sebuah restoran di Jalan Utam Singh, di sini pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian pada jam 5.41 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa masing-masing berusia 26 dan 29 didatangi dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah lori telah menegur mangsa serta rakannya.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan siasatan telah berlaku selisih faham antara kedua-dua pihak sehingga tercetusnya pergaduhan. Suspek bertindak merampas dua buah telefon bimbit, kunci kereta dan beg dompet milik mangsa sebelum melarikan diri.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Iklan

" Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden, Mohd Saufi Malik di talian 011-20625464 atau IPD Seremban 06-6033222," katanya.

Iklan