DAMSYIK - Satu letupan di pinggir selatan ibu negara Syria, Damsyik, membunuh enam orang dan mencederakan 46 yang lain pada Khamis, menurut media kerajaan.
Insiden itu berlaku di al-Sudan Street di pinggir bandar al-Sayeda Zainab, di mana bahan letupan yang diletakkan pada motosikal berhampiran sebuah teksi telah diletupkan dari jauh, Xinhua memetik laporan TV Syria yang dikendalikan kerajaan.